Percutian Ke Ibu Negara Malaysia🌼
Hai semua !!!!!!!! Masing-masing pergi bercuti ke Jepunlah, Thailandlah, Turki dan sebagainya. Tapi saya? Haaa! Tak tahukan? Tak tahukan? Di sinilah saya nak ceritakan percutian saya yang 'simple but memorable'. : ) Bulan Disember tahun lepas (2019) saya tidak dapat bercuti ke tempat yang jauh sebab ayah saya sibuk bekerja. Oleh itu, saya hanya dapat bercuti 2 hari 1 malam di Kuala Lumpur sahaja ♥️♥️♥️. percutian pendek ini telah mengajar saya erti kehidupan yang sebenar & memberikan saya pengalaman yang tidak akan dilupakan. Bukan tidak akan dilupakan tapi memang tidak boleh dilupakan. Suasana kampung menyamankan, Suasana bandar mengingatkan. melihatkan bangunan-bangunan yang terpancar tinggi ke langit mengingatkan saya tentang pahit manis pemerintah-pemerintah negara kita yang terdahulu memajukan negara sehingga menjadi apa yang saya lihat di saat percutian saya. Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama. Usahlah kita semua lupakan ...